Speed Racer (filem)
Speed Racer (filem)

Speed Racer (filem)

Speed Racer ialah sebuah filem lakonan langsung tahun 2008 yang diadaptasi dari siri anime Jepun 1960-an Speed Racer. Filem ini dikarang dan diarah oleh Adik-beradik Wachowski yang turut menjadi penerbit bersama. Filem ini telah dibangunkan sejak tahun 1992, banyak bertukar penulis dan pengarah sehingga penerbit Joel Silver dan adik-beradik Wachowski berganding bahu untuk memulakan penerbitan Speed Racer sebagai filem yang sesuai untuk seisi keluarga agar dapat mencapai lebih banyak penonton. Emile Hirsch memegang watak Speed, iaitu wira animasi tersebut, manakala Christina Ricci memainkan watak Trixie, teman wanita Speed. Filem Speed Racer dirakam mulai Jun hingga November 2007 di Potsdam dan Berlin, Jerman dan menelan belanja kira-kira AS$100,000,000.[1] Kebanyakan penggambaran dijalankan di Babelsberg Studios di Potsdam, di mana rakaman dilakukan di hadapan layar hijau sepenuhnya.[2]. Adik-beradik Wachowski juga merakam dalam video definisi tinggi buat julung kalinya, iaitu menggunakan kaedah pelapisan untuk meletakkan latar hadapan dan belakang babak-babak dalam fokus untuk menghasilkan pengalaman anime yang seolah-olah wujud. Para pemasar telah menyediakan mainan dan permainan video bersempena pengeluaran filem ini. Tayangan perdana filem Speed Racer adalah pada 3 Mei 2008 sebagai filem penutup Pesta Filem Tribeca,[3] dan dikeluarkan secara umum pada 9 Mei 2008.

Speed Racer (filem)

Bahasa Inggeris
Muzik oleh Michael Giacchino
Disunting oleh Roger Barton
Zach Staenberg
Pengarah Andy Wachowski
Larry Wachowski
Penerbit Joel Silver
Grant Hill
Andy Wachowski
Larry Wachowski
Penulis Andy Wachowski
Larry Wachowski
Mula ditayangkan 8 Mei 2008
9 Mei 2008
Sinematografi David Tattersall
Tempoh tayangan 135 min.
Dibintangi oleh Emile Hirsch
John Goodman
Christina Ricci
Susan Sarandon
Matthew Fox
Negara  Amerika Syarikat
Pengedar Warner Bros. Pictures
Perbelanjaan $100 million

Rujukan

WikiPedia: Speed Racer (filem) http://movies.about.com/od/speedracer/ http://www.allmovie.com/cg/avg.dll?p=avg&sql=1:379... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=speedracer... http://english.eastday.com/eastday/englishedition/... http://www.eonline.com/movies/lyonsden/detail/inde... http://www.hollywoodreporter.com/hr/content_displa... http://movies.ign.com/articles/820/820481p1.html http://www.imdb.com/title/tt0811080/ http://www.imdb.com/title/tt0811080/business http://www.imdb.com/title/tt0811080/locations